Thursday, July 24, 2008

Sistem Cili Fertigasi



SISTEM FERTIGASI adalah sistem pertanian moden yang mampu mengeluarkan hasil tanaman yang bermutu tinggi dan merupakan sumber pendapatan yang sangat lumayan Ia merupakan suatu sistem yang sangat praktikal dalam mengurangkan kos jangka panjang disamping menjimatkan tenaga dan masa.

Sistem automatik yang memudahkan proses pembajaan dan pangairan dalam menghasilkan cili yang bersaiz sama dan berkualiti tinggi. Ini
kerana lebih 70% air dan baja dapat disalurkan terus kepada akar pokok, jika dibandingkan dengan sistem konvensional hanya 30%. Dengan adanya SOP (Standard Operation Procedure) dari kami, pengurusan ladang cili akan menjadi lebih baik disamping mengurangkan risiko kegagalan pada tanaman cili.

Untuk Siapa?

Mereka yang patut terlibat ialah:

  • Graduan menganggur
  • Para persara
  • Mereka yang ingin menambah income bulanan
  • Sekolah dan Institusi Pengajian
  • Koperasi dan Bank (Pelaburan)
  • Sebagai sumbangan kepada kelab, persatuan

dan pertubuhan

  • Mereka yang berminat untuk menceburkan

diri dalam bidang pertanian

  • Mereka yang mempunyai tanah yang terbiar

tetapi hendak tanahnya mendatangkan hasil

Faedahnya..

  • Boleh menambah pendapatan
  • Hasil pertama dalam masa 100 hari
  • Tidak perlu pekerja dan maintenance tinggi
  • Pinjaman mudah diatur bagi yang layak
  • Teknik pertanian yang mudah dipelajari dan

mempunyai prosedur yang berkualiti akan

mengurangkan risiko kegagalan pada tanaman

  • Boleh dipraktikkan pada tanaman selain

daripada cili

  • Telah terbukti akan kejayaannya
  • Hasil pulangan yang sangat lumayan